SKBM 11 SEPTEMBER 2012 Selasa. Guru Besar SKBM En Zulkifli Salleh yang begitu perihatin terhadap pelajar Tahun 6 yang menduduki UPSR hari ini berdoa dan menyatakan harapan dalam laman sosial facebook SKBM ( Ilmu Amal Jaya ). Warga SKBM sentiasa mendapatkan maklumat dan info-info terkini dalam laman facebook (FB) Ilmu Amal Jaya. Antara tujuan FB ini diwujudkan ialah untuk membuka minda warga SKBM dan teguran membina dan bertukar-tukar fikiran dikalangan warga SKBM dan bekas pelajar membuatkan SKBM lebih matang dalam menghadapi era globalisasi pendidikan yang pesat sekarang ini, kata pengasas laman tersebut yang tidak mahu namanya disebut.
